Monday, February 14, 2011

Mendaki Broga Hill, Semenyih !!!


Cantik kan Broga Hill..
______________________________________

Macam-macam cerita sebelum kami nak memanjat Broga Hill ni..
Akhirnya hajat kami nak memanjat Broga Hill ni tercapai jugak..
Bukan apa hajat nak memanjat bukit ni da lama tapi ada yang tak tau jalan la..tak sedap hati la..hehe =')
Sebenarnya yang nak pergi seramai 7 orang tapi Yati and Asuad tak dapat ikut mendaki bersama sebab ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan..
Jadi hanya tinggal kami berlima saja yang meneruskan hajat yang telah lama terpendam ni..Cewah !!!
So, pukul 3 pagi hari jumaat, 11.02.11, kami telah bertolak ke Broga Hill..
Iqmal yang bawa kereta..
Paling geram dengan Iqmal & Nizam time kat Smart Tag..
Nak luruh jantung aku, Aifa & Nabilla..macam nak sekeh ja kepala dowang tu..huh !!!
Yang si Iqmal pula terlebih advance terlajak sampai kat tokong cina kat atas bukit mana entah...
Time tu memang aku da cuak kot takut sesat..
Tapi nabilla call kawan dia tanya jalan..
Setelah hampir 1 setengah jam, akhirnya sampai juga..
Bila da sampai dalam ladang kelapa sawit tu lagi la aku takut sebabnya memang tak ada orang langsung kot..
Dowang cakap tempat ni ramai orang..huu
Rupanya masa kami sampai terlalu awal..haha..Excited lah katakan !!!!
Tapi dengan beraninya kami daki juga bukit Broga tu..
Dah la masa tu gelap..hanya ada 1 lampu suluh pulak..
Tapi kami naik juga..hehe
Masa nak panjat puncak bukit yang pertama tu mmg aku nak jatuh dah..
Nasib baik Iqmal ada..kalau tak........huu
Bila dah sampai memang puas rasanya sebab dapat jugak naik dengan selamatnya..
ALHAMDULILLAH !!!
Kami rehat sebentar dan masa ni lah kami nak tangkap gambar..oho..naseb baik Nizam bawa Kamera..
Lepas tu kami sambung mendaki semula ke puncak bukit yang kedua..
Di puncak bukit yang kedua tu kami berehat lagi sambil berborak-borak sampai Nabilla tertidur la sebab letih..kecian dia..hehe
Masa tu memang dah ramai yang baru mendaki..
 Dah sampai waktu pagi..seterusnya kami naik ke puncak bukit yang ketiga untuk melihat matahari terbit..
Itulah tujuan uatama kami sebenarnya..akhirnya tercapai juga hasrat kami nak melihat matahari terbit di atas puncak Broga Hill.. =') yeeepiii !!!
Memang meriah di atas puncak Broga sebab masa tu dah ramai orang yang dah sampai..
Kami mengahabiskan masa dengan menangkap gambar sebagai kenang-kenangan...
dan setelah selesai kami pun turun..
Walaupun letih dan penat tapi kami semua rasa puas sebab dapat mendaki dengan kaki sendiri sampai ke puncak Broga Hill =')
________________________________________________________

P/s: kepada sesiapa yang belum lagi mendaki Broga Hill amatlah rugi kerana memang best !!! =')

 Ni la muka-muka pendaki Broga Hill !!! hehe
Dari kiri : Nabilla l Jay l Nizam l Iqmal l Aifa








No comments:

Post a Comment