Tuesday, March 15, 2011

Analisis Artikel: Kesan Kebiadapan Di Dunia Siber !!!


Saya telah membaca rencana Dr Rahmat Ghazali di Utusan Online yang bertarikh 18 April 2010 dan saya amat bersetuju dengan inti pati rencana itu. Kita sedia maklum bahawa sekarang ini kita berada dalam era globalisasi yang tidak lagi bergantung kepada media tradisional sebaliknya sekarang kita secara signifikannya bergantung kepada media baru iaitu internet.
Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan media baru ini untuk melontarkan perasaan mereka dengan sewenang-wenangnya seperti yang diperkatakan oleh Dr. Rahmat Ghazali iaitu di dalam blog, Facebook dan sebagainya. 
Apa itu blog? Blog ialah satu ruang untuk seseorang meluahkan perasaan, pendapat atau idea terhadap sesuatu pekara. Pada mutakhir ini, komunikasi melalui blog telah membangkitkan masalah yang sangat serius di dalam media baru kerana ia memberi ruang kepada wacana yang tidak berasas dan pembohongan.
Seriusnya masalah ini adalah kerana tidak ada editor (pengampang) untuk menapis maklumat yang ada dalam media baru. Sebagai contoh, penulis blog dapat mempengaruhi minda masyarakat sebagaimana yang dipaparkan oleh sesetengah portal berita dalam talian.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Rahmat telah membuktikan bahawa penggunaan internet dapat mewujudkan perbalahan antara kaum dan dapat meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Selain itu, jika tiada pengawalan terhadap internet kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara akan meningkat. Dalam isu yang sama persoalan moral dan etika juag berbangkit. Isu pronografi serta iklan yang tidak bermoral mudah diperolehi dan ia amat berkesan untuk merosakkan minda generasi muda negara kita.
Oleh itu, rencana yang ditulis oleh Dr Rahmat iaitu kesan kebiadapan di dunia siber semestinya dapat memberikan pengajaran dan panduan terhadap pihak-pihak tertentu untuk mengawal penggunaan internet di negara kita supaya tidak terlambat kelak untuk diperbaiki. Bak kata pepatah melayu “sediakan payung sebelum hujan”.

No comments:

Post a Comment